Tuesday, March 22, 2011

Oh Tuhanku...

Oh Tuhanku yang telah jadikan,
diriku dari segumpal darah,
Engkau jua yang mematikan,
menilai amalku walau sezarah.

Jika Engkau hidupi aku,
aku mengharap perlindunganMu,
Jika Engkau matikan daku,
aku mengharap pengampunanMu.

Ampuni dosa dua ibubapaku,
lapang mereka dalam pusara,
itulah pinta dalam doaku,
jauhi mereka dari azab sensara.

Akhirnya kini aku meminta,
pada Mu Tuhan yang Maha KAya,
lindungi tanah air tercinta,
dari segenap mara bahaya.


bisik2:. terjumpa balik buku nota masa mengaji dulu....belek punye belek.. aku teringat lagu nasyid nih..sje nk kongsi ngan kawan2.. buat ingatan bersama..alangkah empangan yang seteguh itu pun akan pecah... inikan pula ego manusia.....erm.. hayati fahami...semoga sme2 dapat berkat insyaallah..

manz319 2-zero-one-1