·        Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya,dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
·        Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
·        Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa jua sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
·        Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah pelajari sesuatu.
·        Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
·        Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kegagalan itu tidak dikira.
·        Anda tidak gagal.anda hanya belum menemui cara yang berkesan.
·        Kesilapan adalah reality kehidupan,yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
·        Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah terpilih.
·        Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
·        Mungkin tiada kegagalan bagi orang terus berjuang.
·        Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu iaitu takut GAGAL!!!.
·        Tiada siapa yang berhak mengecop anda sebagai seorang yang gagl ,kecuali diri anda sendiri.
·        Kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu pelajari.
·        Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu ,sebenarnya telah TEWAS!!!!.
·        Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagl terlebih dahulu.
·        Cara yang terbaik untuk berlajar untuk menjadi pemenang ialah berlajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan ,perbuatan dan sebagainya.
·        Kegagalan dalam hidup ialah menjadi seorang yang tidak berlajar daripada kegagalannya.
·        Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
·        Hadiah yang paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau tidak berputus asa.
·        Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal, kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
·        Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberi perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini, bukannya mencari apa yang silapnya.
·        Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus asa untuk mencuba lagi.
·        Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesan potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
·        Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
·        Jangan katakan kegagalan itu kesilapan. Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
·        Anda tidak akan mengetahui potensi diri anda sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
·        Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.

