Tuesday, May 25, 2010
kita mesti boikot!!!!!
Sunday, May 23, 2010
Gagal...........putus asa ??????
· Manusia yang berjaya akan memperolehi keuntungan daripada kesilapannya,dan mencuba lagi dengan cara yang lain.
· Kegagalan bermakna bahawa anda belum berjaya lagi.
· Ingatlah bahawa anda boleh gagal dalam apa jua sahaja dalam hidup asalkan tidak menjadi seorang yang gagal.
· Kegagalan bukan bermakna anda tidak mencapai apa-apa.Ia bermakna anda telah pelajari sesuatu.
· Kesilapan mengajar kita tentang apa yang perlu kita pelajari selepas itu.
· Apa yang anda pelajari selepas kegagalan sahaja yang dikira. Kegagalan itu tidak dikira.
· Anda tidak gagal.anda hanya belum menemui cara yang berkesan.
· Kesilapan adalah reality kehidupan,yang penting adalah tindakbalas terhadap kesilapan itu.
· Anda tidak harus berkata KENAPA SAYA? Anda seharusnya bersyukur kerana ANDA telah terpilih.
· Kegagalan bukan bermakna anda tidak berusaha bersungguh-sungguh. Kegagalan itu hanya bermakna anda perlu mengambil masa yang lebih lama untuk berjaya.
· Mungkin tiada kegagalan bagi orang terus berjuang.
· Impian yang tidak terlaksana adalah impian yang terpenjara oleh musuh nombor satu iaitu takut GAGAL!!!.
· Tiada siapa yang berhak mengecop anda sebagai seorang yang gagl ,kecuali diri anda sendiri.
· Kesilapan memberitahu kita tentang apa yang perlu pelajari.
· Orang yang kurang berani untuk memulakan sesuatu ,sebenarnya telah TEWAS!!!!.
· Kita tidak mungkin dapat mempelajari sesuatu perkara kecuali kita bersedia untuk gagl terlebih dahulu.
· Cara yang terbaik untuk berlajar untuk menjadi pemenang ialah berlajar daripada orang-orang yang pernah kalah atau tewas dalam sesuatu pertandingan ,perbuatan dan sebagainya.
· Kegagalan dalam hidup ialah menjadi seorang yang tidak berlajar daripada kegagalannya.
· Hanya orang yang berani GAGAL DENGAN TERUK mempunyai harapan untuk BERJAYA DENGAN HEBAT sekiranya dia mempelajari sesuatu daripada kegagalannya itu.
· Hadiah yang paling berharga hanya diberikan kepada orang yang menemui kegagalan tetapi dia tidak pernah berundur atau merungut atau tidak berputus asa.
· Sekiranya anda mengalami kegagalan lebih awal, kegagalan berikutnya kurang terasa pedih.
· Perkara paling penting apabila berhadapan dengan keadaan yang kurang menyenangkan adalah dengan memberi perhatian terhadap apa yang perlu dibuat selepas ini, bukannya mencari apa yang silapnya.
· Kegagalan tidak menjadikan anda seorang yang gagal sekiranya anda tidak berputus asa untuk mencuba lagi.
· Perasaan takut untuk melakukan kesilapan menghalang seseorang daripada mengesan potensi diri atau merasakan kehebatan dalam diri sendiri.
· Setiap kegagalan adalah suatu pengajaran yang mendorong seseorang untuk mencuba pendekatan baru yang tidak pernah dicuba sebelum ini.
· Jangan katakan kegagalan itu kesilapan. Katakan kegagalan itu adalah pengajaran.
· Anda tidak akan mengetahui potensi diri anda sendiri menerusi kejayaan.Anda mengetahuinya menerusi kegagalan dan kesilapan.
· Kegagalan bukan bermakna anda seorang yang bodoh mencuba. Ia bermakna anda mempunyai keberanian untuk melihat apa yang tidak boleh dilakukan.
Friday, May 21, 2010
moh Kite kongsi........
nice to read
1] Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
2] Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
3] Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
4] Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
5] Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti 'selalmat pagi','selamat hari minggu', 'selamat tidur', 'take care', dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS-nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeda, bukan "aku CINTA padamu", tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
6] Jika kamu menyambut hari tahun dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
7] Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak bisa berulang selalu.
8] Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. kerana dia menyematkan kata-kata mu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
9] Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kgemaran kamu - kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya da berjaya.
10] Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu - kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
11] Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS 'good luck' untuk memberi semangat kepada kamu.
12] Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
13] Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
14] Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
15] Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu. dan jauh dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar 'jauh dimata, jauh dihati?'
16] Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
17] Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
18] Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
19] Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dgn sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia!. bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
20) Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
21] Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
22] Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain. Dia sentiasa menunggu kamu.
23] Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
[ Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut... kamu akan menyesal melakukannya! ]
jom kite menebang!!!!
Wednesday, May 19, 2010
ape nk jadi nih!!!!!
Sunday, May 16, 2010
SELAMAT HARI GURU!!!!!!
.jpg)
Tolonggg !!!!!!!! Makkkk !!!!!!!!!! :(
