Powered By Blogger

Friday, December 18, 2009

REBUTLAH PELUANG SEBELUM MATI…….

Erm….semua org tau yg mati tu adalah lumrah hidup…x kire sessape pun mesti menghadapinya….

Korang mesti trtnye apsal aku letak tajuk mcm kat atas tu,.. bkn ape ni pun aku tertarik dgn satu page dlm majalah ape ntah… mase aku g umah mak ngah .. so aku pk ade baiknyer aku kongsi…coz sebagai ingatan kite…. Erm.. sebenarnye ni sajak/pantun tapi maybe x berangkap.. tgk je la kat bwh nih…layan…

Rebutlah peluang sebelum mati, Kerana hidup hanya sekali, Masa pergi tak akan kembali, Bila terlepas amat di kesali.

Rebutlah peluang sebelum mati, Kerana masa cepat berlari, Dalam diam tanpa disedari, Umur meningkat setiap hari.

Rebutlah peluang sebelum mati, Banyakkan taubat beramal bakti, Insafi diri muhasabah diri, Sebelum maut datang menghampiri.

Rebutlah peluang sebelum mati, Tingkatkan ibadah seikhlas hati, Berbuat amal baik pekerti, Kelak hidup Allah berkati.

Rebutlah peluang sebelum mati, Ilmu berguna mesti dipelajari, Harta dan rezki juga dicari, untuk kesenangan diri sendiri.

Rebutlah peluang sebelum mati, Bekerja berusaha jangan berhenti, Usah asyik berleka lagi, Jika sia2 alangkah rugi.

Rebutlah peluang sebelum mati, Ajaran yang baik kita ikuti, Berpandukan Al-Quran iman sejati, Dunia akhirat bahgia pasti.

Rebutlah peluang sebelum mati, Sementara hidup kita berbudi, Kepada agama bangsa pertiwi, Menjadi kenangan di kemudian hari.



Blogger Widgets