Friday, February 4, 2011

Assalamualaikum Abah....

semalam terdetik dalam hati ingin berjumpa abah.. agak lama tak jumpa.. sebab aku sibuk..
aku melangkah sendiri setapak demi setapak.. melepasi pagar besi...sehingga aku nampak kelibat batu-batu yang menjadi tanda. "Assalamualaikum" itulah perkataan pertama yang aku sebutkan..sebab aku melalui ramai orang yang mana telah lama berada di situ. aku membuka pintu besi yang memagari kawasan itu dan terus pergi bertemu abah." Assalamualaikum abah" aku sayu.. melihatkan itu.. masa itu datanglah kenangan aku bersama abah..dari aku kecil hinggalah sebesar yang korang tengok ni. sambil daun-daun aku sisihkan..teringat jugak ape yg dipesan abah. kadang2 aku lupa... lupa diri..lupa asal usul aku...sebab alpa dengan nikmat yang sementara... ayat yang masih terngiang2 kat kepala aku "buat baik di balas baik".. aku pernah jugak kena marah sebab aku macam tak sedar diri aku nih...aku rindu kat abah .. aku rindu nak kena marah.. sebab tanpa suaranya rumah aku sunyi... abah,esok man dah nak balik.. berat hati man nak tinggalkan abah kat sana...hanya doa yang mampu man panjatkan.. hanya pesan yang man boleh lakukan..kenangan abah sentiasa ada dalam hati man.. aku bangun dan pergi..melihat kan tempat persemadian abah.. aku melangkah perlahan..
abah.. man pergi dulu.....
"Assalamualaikum Abah".......................